Atika Sikun




HI,
 photo 10991176_10204437005383065_8329704528899608462_n_zps4lskohdh.jpg


A

Sept 14th, 1992 | Selangor, MY
@fashionvaletcom
@mensphysiquemalaysia
@isiperutmy
VISITOR(S)
website counter



Recent Posts
· Oh hello there ;)
· Ayuni's 19th.
· f ;
· Confused, again.
· Oh, hello there.
· Semester 2.
· You'll find it in the strangest places.
· Ads.
· End.
· Wonder how I got along ;


BLOGGER ARCHIVES



INSTAGRAM FEED
FOLLOWERS

Sacrifices.
Sunday, May 8, 2011 | Posted by Atika | 0 comment/s

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
( got this from here )


Assalamualaikum,

Kali ni aku nak bebual pasal mak bapak. Korang mesti tau dorang sape kan.Mereka yang telah melahirkan kita dan membesarkan kita dari kita sekecil tapak tangan sehingga la boleh berblogging segala.

Isu yang aku nak timbulkan pulak mengenai anak muda masa kini yang tak reti nak hargai mak bapak masing-masing. Aku paham masalah korang. Mesti korang dok blur sambil garuk-garuk kepala kan. Mungkin ada yang berniat nak bla dari tempat aku ni.Sape la hamba ini. *feuww*

Aku nak nasihat memang tak pandai. Korang renung-renungkanlah perkara yang aku utarakan kat bawah nie untuk kebahagiaan bersama. Semoga kita semua mendapat sesuatu. Lets go !

i) Bila mak tau ayah tegur kita benda yang dia rasa salah, cepat benar kita melenting. Tak cukup dengan tuh, mak kita pulak kita herdik.Tapi -

Kenapa bila cikgu kita tegur kat sekolah,kita tak pernah nak betah balik?? Tawu pulak kita terima teguran beliau dengan senang hati.Sedar pulak kita yang kita dah buat salah.Kan??

ii) Masuk part bila kita dah sambung belajar dan jauh dari famili. Kenapa kita susah nak telefon mak ayah kita dekat kampung? Tapi -

Kenapa bila dengan galpren atau boipren, berkali-kali kita tepon dalam sehari tu. Pagi, petang, siang, malam. Banyak pulak masa ekh.Berlambak pulak kredit.Kan?

iii) Masa bila kita sedih, kecewa, gagal dalam sesuatu atau tak dapat capai perkara yang kita impikan, masa ni kita akan cari mak ayah kita. Tapi-

Kenapa bila kita gembira, orang lain kita cari untuk berkongsi kegembiraan? Kebanyakannya bersama pasangan kekasih. Kan?

iv) Ada masa kita tak jujur dengan mak bapak kita. Konon-konon takut mereka tak faham darah muda kita.Lebih-lebih lagi part mula timbul bibit-bibit cinta.Takut cinta terhalang segala. Tapi-

Kenapa dengan memba-memba semua kita dok heboh kononnya akulah pasangan paling bahagia di abad ini. Kan?

**********
Disaat kita seronok dengan duniawi ini. Mak bapak kita membilang hari. Kenapa kita masih tidak sedar??? Kadang-kadang aku pelik kenapa ada yang sanggup campakkan orang tua mereka di rumah orang-orang tua. Susah sangat ke kita nak jaga mereka yang hanya 2 orang, sedangkan mereka sanggup menjaga sehingga berbelas-belas anak.


Bangunlah dan berpijaklah dibumi yang nyata!




p/s: Aku membebel bukan untuk menunding jari kearah sesiapa. Ini juga sebagai peringatan kepada diri aku sendiri. Maaf kalau aku terkasar bahasa.

Labels: