Atika Sikun




HI,
 photo 10991176_10204437005383065_8329704528899608462_n_zps4lskohdh.jpg


A

Sept 14th, 1992 | Selangor, MY
@fashionvaletcom
@mensphysiquemalaysia
@isiperutmy
VISITOR(S)
website counter



Recent Posts
· Bits and pieces of 2013 / New Year in all the glit...
· Life of A Jetsetter
· 2013 - almost to the end
· you,
· Random musings
· Back to December.
· LATE NIGHT
· Funny business
· the earth is round....and you're not invited
· Why oh why?


BLOGGER ARCHIVES



INSTAGRAM FEED
FOLLOWERS

Braces and whatnot
Friday, January 10, 2014 | Posted by Atika | 0 comment/s

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
I was known as brace face.






gambar muda-muda dulu.






Mak cakap sebab dulu suka sangat hisap puting menda alah tu. sebab ai tak minum susu cap gantang okay. so makin lama makin besar, jadi lah gigi jongang. Tapi bila buat check up, Dr. Lim (my orthodontist) cakap sebenarnya dari kecik rahang dah terbentuk utk menjadi jongang sebab gusi melimpah ruah. lol. 


drama gila aku ni -.- 


So i grew up being a girl, who has high confidence level in the outside but somehow very shy in the inside. Nak senyum pun taktau macam mana. sebab senyum pelik T.T still grew up like a normal girl, but confidence level nak tangkap gambar tu amatlah rendah. lepas tu hygiene makin lama makin teruk, sebab bila gigi terabur agak susah nak gosok gigi. trust me, I've tried. So, masa umur 12 tahun, dah siap-siap daftar untuk pasang braces dekat gov. clinic. Nama klinik dia Klinik Anika. Dekat dengan SMK Convent Klang. 


Gigih tau lepas UPSR tu pegi check up dengan Mak. Masa tu family financial okay lagi. Just okay. so macam agak excited + nervous bila buat check up tu semua. Lepas habis check up tu (it takes about a year) so macam tertunggu-tunggu jugak bila nak pakai braces kan? 


then doktor cakap, 'kalau klinik kerajaan biasanya waiting list dalam lima tahun'

nganga jap. 


LIMA TAHUN?! 


*pasrah* 


Tapi masih lagi gigih ikut jadual yang doktor berikan untuk appointment seterusnya. Believe it or not, I need to extract four of my teeth sebelum pakai braces. Masa tu dah form 4 kot, ke form 3 (tak ingat dah) masa tu baru belajar blogging (dan tengah rajin) , so the doctor yang bertanggungjawab untuk cabut gigi tu sangat comel ye. so semangat nak kena cabut gigi. 


LOL



:D 


So to those yang nak pakai braces, big possibility korang punya gigi akan dicabut. dari sebatang to sepuluh batang gigi. depends korang punye teeth and jaw structure. 


so when I was 17 years old, FINALLY dapat pakai braces. sebelum pakai braces tu haruslah kena pegi hospital buat X-RAY gigi. then lepas cabut gigi (as mention earlier) you also kena pegi scaling and cuci gigi
then after that kena buat mould of your teeth and jaw . lepas tu baru nak set appointment nak pasang braces. 


ini nama dia moulding teeth sculpture. 


haruslah bukan ai punye. 


nak nangis bila buat moulding ni. berjejeran air liur daku. maaflah nurse, saya memang banyak air liur. 


Masa nak pasang tu nervous jugak, sebab doktor banyak kali terus gigi banyak plague :( alamak :( then alhamdulillah, lepas pakai tu rasa lega sgt. tapi lama ye nak tunggu dia pakaikan. kena nganga mulut dalam sejam lebih macam tu. naik lenguh nganga mulut tsk tsk 


masa Dr. Loke (my new orthodontist) lepas pasang, masa tu disastrous okay. Sebab bibir habis kering kontang. 





ini gambar dari google. gigi akan jadi macam ni lepas 3 - 6 months. 




kalau nak tau, masa pakai braces dulu, every month kena tukar berus gigi baru. and berus gigi kena special ye. nama berus gigi tu berus gigi ortho. so dalam sebulan tu habis dalam RM30 untuk beli berus gigi and its menda alah, macam dia punya pembersih (smaller version of berush basuh botol susu) then also aku beli Listerine and Bonjela. sebab mulut selalu blisters. sakit woooo T_T 



 


salah satu gambar ai masa pakai braces. 


Masa pakai braces ni masa tu still belajar Diploma lagi. so mana-mana orang panggil gigi besi lol macam takdek keje lain sangat tauuuuu. Transformation memang nampak sesangat sebab bila pakai braces, gigi ni akan bergerak masa tido. bila bangun tido mulut memang kebas habis la. and rasa nak menangis pun ade. 


Oh ya, masa pakai braces ni actually kita akan jadi lebih kurus ye. sebab pakai braces sebenarnya kena pantang memacam. tapi ada je orang yang pakai braces main tibai makan suka hati diorang.


ai cuma makan soft food, and then favourite food masa tu tau fu fa. peh. heavennnnn~


ai tak boleh sebab special case. and sebab gusi besar so takut ade complication. so masa pakai braces dulu kurus ya ampun. haha. SEKEJAP je pun. yang penting perut flat ye. tsk tsk. dah dekat hujung sem tu, hujung 2011 ai pegi la bukak braces. 

braces check up sebulan sekali. siapa yang pakai braces mesti tau sebelum jumpa orthodontist mesti berus gigi bagai nak gila. BAHAHAHA! sebab takut kena bebel kot! 

ai selalu kena bebel sebab gigi banyak plague, membiak-biak tak ingat dunia. sorry Matron D: 


okay lepas bukak braces, ada follow up ye untuk check up gigi. tanya kengkawan cakap paling lama pun enam bulan, aku tanya matron, 

"berapa lama saya kena pakai retainer ni?' 

"awak punya case, dua tahun"


DUA TAHUN?! 


ghasak la -.- haha 


sebab ada cerita di sebalik kena pakai retainer ni dua tahun. sebenarnya Dr. Loke suruh aku buat surgery, buang dalam satu inci gusi aku. masa tu form 3 kot, sebelum buat mould untuk gigi. tapi mak tak setuju, sebab kena hospitalized for 6 months and kena bagi makan melalui wayar for 3 months. and 50-50 chances pulak tu nak gigi lawa bak model. 

mak terus say no.

so doktor kata okay.


masa aku sem 2 kat kolej, Dr. Loke propose lagi. 

"betul ke you tak nak?" 

aku fikir-fikir, memang la aku nak. senyum cantik dan haruslah orang-orang yang keji stop menganjing aku kan. 


tapi mak kata tak payah lah. buat braces pun bukan nak cantik sgt pun. nak prevent complication je.  


so kena la buat check up every month jugak untuk dua tahun. 





ni la retainer yang aku pakai tu. ada retainer jenis lain gak. depends la doktor nak bagi mana satu. heehooheehoo :D





ai letak gambar ni dengan sengaja. 



oh and retainer pun kena jaga okay. so Dr. Loke suggest supaya beli Polident, yang untuk rendam gigi palsu. boleh juga diguna untuk rendam retainer. 




menda alah ni satu RM15 / 50 tablet. tahan la sebulan lebih. Heh. 



so lepas dekat 4 tahun ulang alik jumpa doktor pasal braces, gum and teeth hygiene and whatnot, finally ai bebas dari pakai braces. rasa macam ai ni cool kejap sebab pakai braces before semua orang nak pakai braces. Haha! :p 


tapi lepas dah hbs check up pun, ai still pakai retainer memalam, sebab takut gila gigi gerak balik (doktor kata ada possibility, tapi 1% macam tu je, tapi still seriau gak lol)


so sekarang maintain jaga gigi. lepas mandi, kumur-kumur dengan Listerine and then lap gigi dgn tisu. buang plague/taik gigi yang melekat bila bangun pagi tu. 


dekat rumah listerine dah habis, so lepas gosok gigi, kumur banyak-banyak sambil baca bismillah. 


routine lap gigi dengan tisu tu boleh jugak buat 4 jam sekali/lepas makan/etc. 


ramai orang tak sedar gigi banyak plague/taik gigi so macam tak elok bila cakap dengan orang lain. euw 




gambar latest ai. 




gigi dah cantik. hati pun senang. 






/lompat bintang namblas kali/ 








:D